• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Sunday, 21 August 2022

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG PINDAH AL-QURAN

Posted by PERSATUAN DAI'E MUALAF SABAH (DMS) On August 21, 2022

Alhamdulillah, Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya berpindah ke Al-Quran. Boleh membaca Al-Quran adalah satu anugerah dari Allah SWT buat hamba-hambanya. Ini kerana masih ramai umat Islam yang tidak boleh membaca Al-Quran. Oleh itu, diberikan nikmat pandai membaca Al-Quran ini patut disyukuri. Usia bukanlah penghalang untuk belajar, selangi mampu berjalan carilah ilmu sepuasnya untuk bekalan bertemu dengan Allah SWT.

 


Makan malam bersama pelajar-pelajar bagi meraikan mereka yang berjaya berpindah ke Al-Quran.


IKHWAN DAKWAH CENTER-IDC, terus meneruskan misi dakwah melalui pendidikan dengan  menghapuskan buta Al-Quran di kalangan umat Islam dengan target setiap tahun 500 orang yang boleh membaca Al-Quran. Walaupun terdapat banyak kekangan di dalam mencapai misi ini seperti kekurangan tenaga pengajar dan masalah kewangan tetapi usaha murni ini tetap akan diteruskan. Kerja-kerja dakwah melalui pendidikan ini, adalah satu jihad yang tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja hanya kerana masalah tenaga pengajar dan kewangan.

Oleh, kami daripada pihak IKHWAN DAKWAH CENTER-IDC, mengalu-alukan bantuan daripada seluruh umat Islam untuk membantu kami dalam mencapai cita-cita murni ini. Semoga apa yang kita sumbangan menjadi amal ibadah disisi Allah SWT. 

Comments
0 Comments