JIHAD MEMBASMI BUTA AL-QURAN
Kempen Wakaf IQra
Dakwah merupakan satu tanggungjawab seorang muslim untuk menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Tanggungjawab untuk berdakwah ini telah termaktub di dalam Al-Quran
Golongan muallaf yang baru memeluk Islam mempunyai keinginan untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam ini. Berbagai persoalan timbul dalam usaha mereka untuk mencari kebenaran yang hakiki setelah menganut agama yang baru. Perlu diketahui, golongan muallaf terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti golongan profesional, orang-orang kampung dan lain-lain lagi. Situasi ini memerlukan kaedah pendekatan yang berbeza mengikut latar belakang muallaf tersebut. Antara pendekatan dakwah yang boleh dilaksanakan untuk golongan muallaf ialah uslub targhib dan tarhib iaitu kaedah galakan dan latihan. Kaedah ini dilaksanakan untuk memberi galakan kepada golongan muallaf melalui penjelasan tentang kebaikan dan ganjaran yang menanti bagi setiap kebaikan tersebut serta balasan yang menanti bagi setiap perbuatan yang buruk. Allah s.w.t berfirman dalam surah Ali ‘Imran:
Kesedaran dakwah di Sabah kian meningkat dengan adanya pelbagai bentuk program yang diadakan seperti ceramah agama bukan sahaja di masjid, bahkan dibuat secara umum untuk masyarakat sekeliling, disamping aktiviti-aktivi pertandingan yang berbentuk islamik seperti pertandingan nasyid sempena sambutan Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah dan pertandingan tilawah al-Quran diperingkat negeri dan sekolah-sekolah. Selain itu, program yang berbentuk “Street Dakwah” ataupun dakwah jalanan semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda yang berminat dengan dakwah.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab bagi semua pihak yang bergelar muslim dan muslimat bagi menyokong dan terus membantu dalam misi dakwah ini , justeru itu penubuhan PERSATUAN DAI'E MUALAF SABAH (DMS) inshaallah merupakan salah satu wadah atau saluran penerus misi dakwah khususnya di negeri Sabah ini. Ayuh muslimin dan muslimat kita bergerak bersama-sama dalam mengembangkan syiar Islam di bumi Sabah khususnya dan Malaysia amnya.
Persatuan ini baru di tubuhkan masih sangat memerlukan dana terutama bahagian kos operasi dan pengurusan serta kemudahan pengangkutan . Oleh yang demikian itu kami daripada pihak Persatuan Dai'e Mualaf Sabah (DMS) bertanggjawab dalam misi ini dalam mencorak persatuan ini menjadi salah satu persatuan yang insyallahmenjadi nadi penggerak utama dakwah di negeri Sabah. Kami telah melancarkan beberapa program antaranya iaitu "Kempen Wakaf Al-Quran" iaitu Jihad Membasmi Buta Al-Quran , Kempen Wakaf Kenderaan Persatuan, Kempen Wakaf telekung dan kain kafan.
Doa daripada semua pihak kami harapkan agar di beri kekuatan oleh Allah SWT dalam menjayakan amanah ini.
Muslimin dan Muslimat bolehlah menyalurakan dana terus ke AKAUN RASMI Persatuan Dai'e Mualaf Sabah (DMS)
BAYARAN MELALUI ONLINE BANKING TERUS KE LAMAN SINI https://toyyibpay.com/KEMPEN-WAKAF-IQRA
Layari Rujukan kami
www.daiemualafsabah.blogspot.com
fb.com/daiemualafsabah
@daiemualafsabah
Resit Pembayaran Boleh
WHATSAPP TERUS KE
Pengerusi DMS ( Ust Pengerusi DMS ( Ust Ikhwan )
wasap.my/60164021021/WakafIqra
Bendahari DMS (En. Hadi )
wasap.my/60128319344/WakafIQRA
Masukkan Nama Anda di Sini.
https://forms.gle/aojhmTcetndMJNwz7
Monday, 11 September 2023
JIHAD MEMBASMI BUTA AL-QURAN Kempen Wakaf IQra
Posted by PERSATUAN DAI'E MUALAF SABAH (DMS)
On September 11, 2023
